Bagaimana nak lukis Rasa dari Naruto Shippuden dalam pixel art



pixel art naruto characters Rasa

Hai korang semua !! Lai - lai !! Haa bagi post kali ini kita akan tengok tentang Rasa dan proses yang akan dilalui untuk melukis watak ini. Agak - agak korang la siapa Rasa ni?? rasa..hurm rasa..rasa sayang hei rasa sayang sayang hei~~ bukan yang tu ok teman - teman, nak tahu siapa Rasa ni jom baca post ni sampai habis.

Rasa

Rasa merupakan Kazekage ke - 4 kepada Sunagakure. Dikenali di atas kebolehan dia mengawal debu - debu emas. Kampung dia telah ditekan dari segenap sudut seperti masalah ekonomi, peperangan dan sebagainya menyebabkan dia terpaksa mengambil tindakan yang drastik bagi memperkukuhkan Sunagakure. Dia telah memasukkan Shukaku berekor satu ke dalam badan anaknya, Gaara ketika dia masih dalam kandungan lagi.

Akibat tindakan ini, isterinya Karura meninggal dunia ketika melahirkan Gaara dan Gaara lahir dalam keadaan pra - matang walaupun Rasa berhumpas - pulas berusaha menyelamatkan nyawa isterinya. Rasa telah mengajar ninjutsu kepada Gaara dan melantik Yashamaru sebagai penjaga Gaara. Rasa juga telah mengasingkan Gaara dengan adik beradiknya yang lain. Ini telah menyebabkan Gaara sering dilihat berseorangan dan sering bersedih.

Setelah kematiannya, Rasa telah dibangkitkan semula oleh Kabuto Yakushi dalam Perang Dunia Ninja Ke - 4. Dia telah ditewaskan oleh Gaara, yang mana ketika itu, Shukaku berekor satu sudah tidak ada dalam badannya. Dia telah memberitahu Gaara bahawa dia telah mengarah Yashamaru bagi membunuh Gaara ketika dia masih kecil, walaupun Yashamaru begitu sayang kepada Gaara kerana kakaknya, Karura begitu menyayangi Gaara. Dia telah menyatakan kekesalan di atas apa yang dia telah lakukan terhadap Gaara.

 Pixel Art

Mari kita beralih pula kepada macam mana nak melukis watak Rasa ni. Pertama sekali korang perlu buat satu reference image bagi membantu korang melukis dalam posisi yang dikehendaki. Reference image ini bukan satu proses yang kena anda buat, tapi proses atau langkah ini akan membantu korang melukis dengan elok, seperti mana ia telah membantu saya. Kalau korang tak nak buat pun tak apa.

Jadi banyak kaedah yang korang boleh lakukan bagi membuat gambar reference, salah satunya korang search je nama Rasa ni dalam Google dia akan terus keluar. Lagi satu korang boleh tengok anime Naruto Shippuden dan korang screenshot je mana yang ada muka - muka Rasa ni dan paste dalam satu file. Jadi selepas korang guna cara ini atau pun korang cara korang tersendiri, maka dah dapatlah korang satu gambar reference. 

Oh! sebelum terlupa, korang dah boleh start mencari mana pose - pose yang korang nak lukis dalam lukisan korang tu nanti. Yang ni gambar reference yang saya sudah siapkan sebelum nak lukis watak Rasa ni.

pixel art naruto characters Rasa reference image

Seterusnya, korang dah boleh mula melakar posisi yang hendak dilukis dalam bentuk silhouette. Dalam proses ini korang sudah boleh menetapkan arah cahaya yang akan dilukis di dalam lukisan. Selepas itu, korang boleh membentuk ciri yang terdapat pada watak Rasa, seperti rambut,  baju, beg kaki, botol air dan lain - lain melalui warna yang korang sudah pilih.

Sesudah korang buat semua tu, bermula lah sesi mencantikkan lukisan, mungkin sekali adjust tak nampak cantik, korang adjust la 2 atau 3 kali pun, sehingga korang rasa suka dengan lukisan korang. Kalau korang suka terhadap lukisan korang, tapi orang lain tak suka, abaikan hahaha sebab korang dah berpuas hati terhadap apa yang korang dah lukis. Tapi kalau ada orang bagi nasihat untuk improve korang punya skill, haa yang tu boleh ambik.

Gambar dekat bawah ni adalah proses yang terlibat dalam melukis karakter Rasa dari Naruto Shippuden.


Akan datang..

Jadi untuk post yang akan datang, saya sudah ada list karakter yang nak dilukis. Kalau korang ada karakter Naruto yang korang nak saya lukis, korang boleh komen di ruang komen di bawah dan saya akan cuba post tentang karakter berkenaan. Kalau korang nak tahu perkembangan blog saya dengan lebih cepat, korang boleh je klik butang 'Follow' dekat sebelah kanan blog ini. Hihihi

Jumpa lagi untuk post yang akan datang!!


pixel art naruto characters Rasa

0 comments:

Catat Ulasan