Bagaimana nak lukis Mitarashi Anko dari Naruto dalam pixel art

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko

Haa jom tengok karakter mana untuk post kali ini?? Inilah dia Mitarashi Anko. Karakter dari anime Naruto, mula disiarkan dalam episod #21. Nak tahu lebih lanjut tentang Mitarashi Anko, baca post kali ini sampai habis.

Mitarashi Anko

Mitarashi Anko adalah seorang ninja pakar yang mengajar di Konohagakure Academy. Ketika menjadi ninja bertaraf Genin, Anko telah mendapat perhatian daripada Orochimaru lalu dia telah diajar oleh Orochimaru beberapa teknik ninja miliknya. Setelah itu, Anko telah digunakan oleh Orochimaru sebagai bahan eksperiment. Daripada 10 subjek yang dijadikan bahan eksperiment, hanya Anko sahaja yang terselamat.

Hasil daripada eksperiment itu, Anko membenci Orochimaru dan berusaha meninggalkan dia. Disebabkan Anko adalah bahan eksperiment yang bernilai, Orochimaru telah mengubah memorinya tentang apa yang terjadi terhadap dirinya. Selepas itu, Anko telah nekad untuk menewaskan Orochimaru dan menghalang dia dari terus berbuat kejahatan. Dia sering menyalahkan dirinya apabila dia tidak dapat membunuh Orochimaru ketika dia bertemu dengannya.

Ketika Perang Dunia Ninja ke-4, Anko telah ditugaskan untuk mengesan Yakushi Kabuto yang sebelum ini merupakan orang kanan Orochimaru. Anko juga mempunyai tanda hasil daripada eksperimen yang dilakukan oleh Orochimaru, daripada tanda ini Orochimaru telah dibangkitkan semula oleh Uchiha Sasuke bagi membantu Sasuke dalam hal abangnya.

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko
Pixel Art

Untuk melukis Mitarashi Anko, mula - mula sekali saya akan mencari gambar - gambar reference serta pose yang sesuai untuk karakter ini. Terdapat banyak cara yang korang boleh gunakan, tapi yang paling saya minat ialah melalui anime. Sambil - sambil tengok anime, kita screenshot, hehehe. Selepas itu, saya akan mula melakar silhouette yang saya pilih dan saya akan membentuk bahagian - bahagian badan karakter.

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko reference image

Seterusnya, saya akan melukis bahagian - bahagian yang kecil, seperti mata, mulut, kasut, tali pinggang dan lain - lain. Setelah selesai semua ciri - ciri yang terdapat pada badan karakter, saya akan menentukan arah cahaya yang akan terkena ke atas lukisan yang dilukis. Ini dapat membantu saya menentukan arah bayang yang ada pada watak ini. Sekiranya terdapat posisi yang tidak seimbang saya akan membaikinya dalam proses ini.

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko process image
Proses Silhouette

Akhir sekali, proses 'touch up' kepada lukisan ini saya lakukan kepada bahagian - bahagian yang saya tengok agak pelik. Dalam proses ini, saya mengambil masa selama 1 jam 30 minit bagi menentukan lukisan serta pose yang saya pilih tidak nampak begitu ganjil. Saya telah sediakan gambar proses yang saya lalui ketika melukis karakter Mitarashi Anko dalam pixel art. 

Pixel at Naruto characters: Mitarashi Anko process image
Proses membentuk bahagian badan

Proses melukis Mitarashi Anko

Akan datang...

Jadi untuk post yang akan datang, saya sudah ada list karakter yang nak dilukis. Kalau korang ada karakter Naruto yang korang nak saya lukis, korang boleh komen di ruang komen di bawah dan saya akan cuba post tentang karakter berkenaan. Kalau korang nak tahu perkembangan blog saya dengan lebih cepat, korang boleh je klik butang 'Follow' dekat sebelah kanan blog ini. Hihihi

Jumpa lagi untuk post yang akan datang!!

0 comments:

Catat Ulasan