Bagaimana nak lukis Shiro Zetsu dari Naruto dalam pixel art

Shiro Zetsu
Shiro Zetsu: Hey! hey! ask him about that..
Shiro Zetsu: Okay! got it


Hai korang!! Untuk post kali ini, kita akan cuba lukis Shiro Zetsu atau nama lainnya Zetsu Putih, hehehe, dalam post kali ini, saya akan cuba terangkan macam mana nak lukis bahagian - bahagian badan karakter Shiro Zetsu sama ada tangan, kaki, atau kepala. Lukisan pixel art di atas dilukis dalam saiz 64 x 64 pixel, jadi lukisan ni, bukan se-HD lukisan dalam post - post yang lepas. Jadi, jom kita tengok serba sedikit tentang Shiro Zetsu ni.

Shiro Zetsu

Shiro Zetsu atau Zetsu Putih merupakan separuh daripada badan salah seorang ahli kumpulan Akatsuki, iaitu Zetsu. Shiro Zetsu merupakan seorang yang kelakar dan suka mengusik Obito diawal perkenalan mereka. Dia juga merupakan seorang yang boleh dipercayai, patuh dan setia, oleh itu, dia diberi kepercayaaan oleh Uchiha Madara untuk menyimpan rahsianya. Karakter Shiro Zetsu mula diperkenalkan pada episod 234 dalam anime Naruto, selepas pertarungan antara Naruto dan Sasuke yang cuba keluar dari Konoha untuk mengikuti Orochimaru. Shiro Zetsu merupakan manusia buatan yang terhasil daripada manusia yang terkesan oleh Infinite Tsukuyomi dalam jangka masa yang panjang.

Ketika Infinite Tsukoyomi pertama kali dilepaskan oleh Otsutsuki Kaguya, manusia yang terkena jurus ini akan ditambat di God Tree dan chakra mereka akan disedut. Jika mangsa terkena oleh jurus ini dalam masa yang lama, mereka akan bertukar menjadi Zetsu Putih. Selepas Otsutsuki Kaguya ditewaskan oleh anaknya, Zetsu Putih disimpan di dalam God Tree dan dilepaskan semula oleh Kuro Zetsu ketika Uchiha Madara berjaya menyeru Demonic Statue of the Outer Path dari sekam God Tree.

Pixel Art

Untuk langkah pertama dalam melukis pixel art, saya mulakan dengan mencari reference bagi watak Shiro Zetsu, caranya adalah melalui carian Google atau tengok anime. Selepas menyediakan beberapa reference dalam satu fail, saya teruskan dengan memilih pose yang akan dilukis. Reference ini akan membantu kita dalam melukis pixel art dengan lebih mudah, dan juga dapat meningkatkan prestasi para pelukis yang baru mencuba seni pixel art.


White Zetsu


Dalam langkah seterusnya , saya memilih untuk melukis pose ini, kerana saya akan dapat lukis dua jenis Shiro Zetsu dan juga scene ini bagi saya sangat kelakar, kalau korang berminat, korang boleh tengok dalam episod di mana Obito dijaga oleh Shiro Zetsu atas arahan Uchiha Madara untuk proses pemulihan atau rehab.

Shiro Zetsu tease Obito


Kali ini, kita akan tengok proses macam mana nak lukis bahagian kepala watak Shiro Zetsu:

Kepala

Seperti yang korang dapat lihat dalam gambar di atas, muka atau kepala Shiro Zetsu dapat dilihat daripada sisi, jadi kita akan lukis kepala dia membujur ke bawah dalam lakaran kasar atau rough skecth, seterusnya kita akan membentuk kepala Shiro Zetsu supaya sama bentuk dengan reference kita.

Shiro Zetsu


Selepas lakaran kasar berjaya dilukis, seterusnya kita perlu membaiki bentuk itu untuk nampak lebih kemas, kalau korang tengok garisan merah yang saya gariskan dalam gambar di bawah, garisan ini antara garisan yang perlu dibaiki, sebab apa? sebabnya dalam pixel art terdapat kaedah bagi melukis garisan bengkok yang kemas, iaitu dengan kaedah 3 > 2 > 1 >.
Shiro Zetsu

Kaedah ini bukan wajib diikuti, tapi bagi menampakkan garisan ini lebih kemas, anda boleh cuba kaedah ini, sekiranya anda rasa garisan tak perlu dibaiki terpulang pada anda, kreativiti masing - masing, hehe.

Shiro Zetsu

Jadi inilah hasilnya selepas garisan merah tadi dibaiki, menggunakan kaedah  3 > 2 > 1. Seterusnya, adalah menentukan punca cahaya yang akan kena pada muka Shiro Zetsu ni. Proses ini saya telah terangkan dalam post yang lepas. Kemudian saya warnakan muka Shiro Zetsu dengan warna kelabu cerah dan warna kelabu gelap bagi lakaran yang terdapat di muka Shiro Zetsu.

Shiro Zetsu


Selepas itu, saya lukiskan garisan luar bagi kepala Shiro Zetsu, garisan yang tak terkena cahaya akan saya warna dengan warna kelabu gelap seakan - akan hitam, manakala garisan yang terkena cahaya akan saya warnakan dengan kelabu yang cerah seakan - akan putih.

Shiro Zetsu

Okay, dah siap. Jadi inilah proses yang diambil bagi melukis kepala Shiro Zetsu, proses ini boleh di aplikasikan dalam mana - mana bahagian yang lain.

1. lakaran kasar (rough sketch)

2. tentukan (define), tentukan tangan dia tunjuk ke tidak, kepala ada rambut ke tidak, kaki, tangan bengkok ke tidak, jadi kena banyak tengok reference.

3. perbaiki(refine) baiki yang mana nampak kekok, bayang - bayang tak betul, atau terlampau banyak warna dan banyak lagi yang saya akan terangkan dalam post yang akan datang.

Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, saya masih lagi mengkaji karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga.

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Jadi semoga anda terhibur dengan post ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. 

Sekiranya korang ada soalan yang nak tanya boleh tulis di ruangan komen kat bawah ni.

If you have any question to ask, you can leave your comment in the comment section below.

See you next time!!

0 comments:

Catat Ulasan