Sasuke dari Boruto: Naruto Next Generation

Sasuke, Ayah Sarada


Hai, seperti yang anda lihat, blog ini adalah di dedikasikan untuk anime berkaitan Naruto, Naruto Shippudden, dan Boruto jadi setakat ni post yang akan datang adalah tentang anime ni, selain itu saya juga minat sangat tentang pixel art. Satu seni digital yang mula meningkat naik, yang mana pernah famous di zaman 90-an dulu. Jadi setiap post saya, saya akan cuba letak pixel art setiap karakter yang ada dalam anime - anime ni.


Sasuke


Dalam Boruto: Naruto Next Generation, setakat ni kita dapat tengok karakter - karakter Naruto yang lepas dah tak menonjol sangat, lebih - lebih lagi karakter Sasuke ni. Setiap kali scene dalam anime mesti tengok Sasuke ni, tak berapa friendly. So, dalam lukisan ni saya cuba lukis dia ni mesra dan gembira dengan suasana sekeliling dia. Selepas perang Shinobi ke - 4, Sasuke ditangkap dan dibebaskan atas alasan membantu menghalang Infinite Tsukoyomi dan atas budi bicara Kakashi, yang mana ketika itu adalah Hokage. Jadi sekarang ini, Sasuke bertugas sebagai pengintip yang bertugas di sebalik tabir bagi menjaga keselamatan Five Great Nations. Kiranya selalu travel dan selalu sibuk lah orang kata.

Pixel Art


Jadi dalam melukis pixel art bagi karakter Sasuke ni, saya terpaksa melihat reference yang ada di internet. Jadi, anda mungkin jumpa reference tu, sebab dia lebih kurang je. Dalam lukisan ni, mula - mula sekali saya lukis mata, mata di dalam anime Naruto bagi watak lelaki lebih kurang sama so saya lukis yang seperti anda dapat lihat di atas. So basically, first step saya lukis bahagian kepala, then saya lukis bahagian bahagian badan dan diikuti bahagian kaki. Akhir sekali, saya lukis bahagian tangan. Bagi saya bahagian tangan dalam melukis pixel art sangat susah jadi saya simpan bahagian tangan ni untuk part last sekali. Tak lah frust sangat banyak sangat masa terbuang kat situ.


Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, saya masih lagi mengkaji karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga. 

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Jadi semoga anda terhibur dengan post ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. See you next time!!

0 comments:

Catat Ulasan