Amai Dari Naruto Shippuden




Hai, untuk post kali ini, saya akan lukis karakter dari Naruto Shippuden, iaitu Amai. Amai ni merupakan seorang ninja perubatan yang gigih berusaha, berkepakaran dan pada masa yang sama tahu tahap kebolehan yang dia ada.

Amai


Dalam anime Naruto Shippuden, karakter Amai dipersembahkan dalam episode 286 di mana dia ditugaskan bersama ninja dari Kumogakure untuk mencuri Forbidden Scroll dari Cedar Village. Selesai daripada misi rahsia mencuri skrol tersebut, Amai dikejutkan dengan kecederaan yang dialami oleh pasukan yang dikendalikan oleh Raikage terdiri daripada Nigai dan Karai yang mana Nigai telah terbunuh dan Karai diserang oleh Exploding Insect. Dalam perjalanan untuk ke tempat pertemuan bersama Raikage, di satu bandar, Amai terlihat Tsunade yang mana ketika itu sedang berbual bersama Shizune. Amai mencadangkan agar Raikage meminta bantuan daripada Tsunade di bandar berdekatan selepas dia gagal berbuat apa - apa untuk mengeluarkan Exploding Insect daripada dada Karai. Walaupun dihalang oleh Karai, Raikage dan Amai pergi berjumpa dengan Tsunade dan meminta bantuan Tsunade untuk merawat Karai. Amai mempelawakan dirinya untuk membantu selepas Tsunade bersetuju untuk merawat Karai. Amai berserta pembantu Tsunade, Shizune berjaya mengeluarkan Exploding Insect daripada dada Karai.

Pixel Art


Seperti entri yang lepas, perkara pertama sekali yang saya lakukan untuk melukis karakter - karakter Naruto adalah dengan menyediakan reference. Jika korang cari dalam Google search engine, memang limited reference yang ada, jadi jalan terbaik adalah dengan menonton anime Naruto dan ambik reference daripda situ. Hasilnya :

Amai's reference from Naruto Shippuden


Proses seterusnya adalah memilih pose yang dikehendaki untuk melukis watak Amai. Kemudian saya mulakan dengan membentuk silhouette bagi pose itu. Bagi sillhouette ini, saya warnakan dengan warna gelap iaitu hitam, jika korang nak guna warna lain pun boleh, contoh macam biru gelap, ungu gelap, merah gelap senang cakap yang gelap - gelap je dulu.

Amai's sillhouette

Proses berikutnya pulak adalah dengan meletakkan punca cahaya yang akan memancar keatas karakter Amai ni. Saya pilih punca cahaya datang daripada kanan atas, daripada situ saya akan letak shadow atau bayang - bayang yang akan kena pada bahagian - bahagian badan karakter.

Light source for Amai character

Berikutnya saya mula letakkan warna bagi bahagian - bahagian karakter Amai, contoh; warna rambut, muka, telinga, baju, dan selanjutnya. Dalam proses ini, saya tak mementingkan posture badan dia, asalkan nampak pose, kalau korang tengok pose yang awal ni Amai posing macam lelaki lembut, jadi masa ni detail tak penting pun lagi.

Amai's from Naruto Shippuden

Untuk proses terakhir, saya mula letakkan letakkan detail untuk karakter Amai ni, saya letak mata, kemaskan rambut dia, baju, dan juga masa ni saya detailkan juga mana shadow yang buat tadi. Dekat bawah ni gambar gif macam mana proses saya lukis karakter Amai dari anime Naruto Shippuden. Semoga korang dapat belajar daripada post ni, kalau ada apa - apa soalan boleh komen dekat bawah, kalau korang share pada kawan - kawan lagilah dihargai, hahaha...Have fun!!

Gif of Amai from Naruto Shippuden


Akan Datang..

Jadi untuk post seterusnya, saya masih lagi mengkaji karakter mana pulak untuk dilukis. Satu - satu lukisan seperti style di atas mungkin mengambil masa 3 - 4 hari untuk disiapkan, atau mungkin seminggu. Jadi korang mungkin akan tengok post saya ni seminggu sekali. Selain itu, korang mungkin akan tengok lukisan pixel art yang saya post ada macam - macam style, sebabnya sesuatu lukisan mempunyai style dia masing - masing, bukan pixel art saja tapi seni lukisan yang lain juga. 

Dalam pixel art, style lukisan bergantung kepada para artis yang melukisnya, dan dalam seni pixel art banyak artis - artis yang terkenal yang kreatif melukis karakter, objek atau suasana dalam kanvas yang bersaiz kecik. Jadi semoga anda terhibur dengan post ini dan follow blog ni untuk lebih banyak post yang menarik. See you next time!!

2 ulasan: